Thursday 12 September 2013

BUTUHLAH

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 11 September 2013 pula memaparkan tulisan Yong Yee melalui ruangan Pendapat YuanLun berkenaan perpaduan kaum di Malaysia.
Sebelum hari Merdeka ada beberapa insiden dan perbalahan berkaitan kaum dan agama. Sudah tiba masanya kita fikirkan kepentingan dan makna perpaduan itu. Kerajaan amat pentingkan dan menegaskan perpaduan rakyat sehingga rakyat terfikir seperti penduduk negara ini tidak dapat bersatu padu, benar begitu?
Sejarah orang Cina dan orang India datang ke sini lebih ratusan tahun tetapi perbalahan kaum yang paling sengit hanya sekali iaitu pada 13 Mei 1969.
Negara jiran seperti Singapura juga mengambil berat isu perpaduan rakyat, mereka bertindak telus dan wajar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, lenyapkan isu dan masalah bahasa apa bahasa rasmi. Di negara kita ada bezanya, pemimpin kita tidak terfikir ataupun tidak terlintas di fikiran bahawa bahasa sebelum penjajah adalah bahasa Inggeris sebagai bahasa dan alat perhubungan antara kaum. Pemimpin kita hanya menekankan untuk majukan kaum sendiri.
Pada mulanya, pelbagai tradisi ada di Tanah Melayu, penduduk majoritinya adalah orang Melayu, pemimpinnya juga kebanyakannya dalam kalangan orang Melayu. Ketua-ketua orang Melayu telah begitu lama dibuai penjajah Barat, semasa membina negara ini mengambil budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa teras. Mereka beranggapan dengan cara itu dapat pisahkan igauan hubungan dengan penjajah.
Amerika Syarikat menjadi negara kuasa besar selepas menang Perang Dunia Kedua, sekali lagi bahasa Inggeris menjadi bahasa peneraju.
Pemimpin-pemimpin Melayu tidak boleh abaikan kedudukan bahasa Inggeris dan masukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan tetapi kepimpinan orang Melayu menjurus kepada mahu membina sebuah bangsa Melayu yang ideal berkonsepkan budaya Islam Madani iaitu mahu jadikan budaya Islam Malaysia sebagai pentas untuk bangkit menjadi negara gemilang.
Sebenarnya, hubungan antara kaum di negara kita masih boleh dikatakan baik kerana rakyat lebih suka hidup di lingkaran kaum sendiri dan mereka tidak menghubungi atau memahami kaum lain secara mendalam.
Sebab itu amat jarang kita lihat cara hidup yang sama antara kaum. Walaupun ada orang tidak mahu mengadakan perhubungan dengan kaum lain, sebenarnya itu adalah hak peribadi dan kebebasan masing-masing.
Jika tidak menghalang atau mengganggu hidup kaum lain, bukankah ia bermakna kita tidak melakukan kesalahan? Saya boleh pilih cara hidup sesuka hati saya, saya laksanakan istiadat agama pilihan saya, saya makan ikut suka hati saya, saya secara terang-terangan dan bebas guna bahasa ibunda saya, ini adalah perkara yang wajar.
Mungkin rakan-rakan kaum lain tidak faham cara saya maka timbul salah faham tetapi itu tidak boleh dijadikan alat dan penyebab untuk menghina kaum lain. Undang-undang negara kita sepatutnya menghalang tindakan seperti itu.
Hubungan antara kaum sepatutnya ‘tidak boleh diusik’, barulah ia memberi makna, jika tidak ia hanya hubungan dibuat-buat.
Ketiga-tiga kaum ini sebelum merdeka telah lalui kehidupan serupa selama puluhan mahupun ratusan tahun, kenapa tidak pernah berlaku rusuhan kaum dan tumpah darah ketika itu? Adakah pemerintahan British benar-benar begitu hebat ataupun dengan kata mudah British gunakan cara pisah dan perintah barulah dapat kawal keadaan?
Adakah kita akan kembali menggunakan polisi “pisah dan perintah" supaya masing-masing jalankan kerja dalam lingkungan kaum sendiri sahaja?
Jika dikatakan ketiga-tiga kaum boleh bersatu padu ketika itu disebabkan bawah ‘muncung senapang’ British, sudah pasti ramai orang Cina berfikir mahu bungkus dan kembali ke negara dan kampung halaman mereka iaitu balik “TongShan"? Pastinya amat sedikit yang mahu terus kekal tinggal di sini.
Kita mahu capai tahap apa baru boleh dikatakan berjaya dalam perpaduan? Bila kaum yang ramai manipulasi kaum yang sedikit; atau rakyat pelbagai kaum diarah bercakap satu bahasa, baca buku yang sama? Jika ada keputusan yang sedemikian, itu maknanya diktator, bukannya perpaduan.
Sebenarnya kita tidak perlu lakukan apa yang dikatakan ‘perpaduan di antara kaum’, hanya cuba jangan salah tanggap dan cuba saling bertoleransi jika berlaku perbalahan dan salah faham antara kaum. Pastikan kita beri kebebasan dan pilihan hidup yang mahu dilaksanakan oleh kaum lain, ini sudah memadai untuk hidup aman di bumi ini.
Sudah tentu jika semua kaum saling memahami antara satu sama lain pasti dapat hindar lebih banyak salah faham tetapi jika perlu tinggalkan budaya dan bahasa sendiri kerana mahu memahami budaya kaum lain, itu bermakna telah melawan arus dan dalam kerugian.

1 comment: